Tentang Saya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bercerita tentang photografi ini, saya dari dulu memang minat tangkap gambar dan menyimpan hasrat utk memiliki kamera sendiri. Saya pada mulanya melibatkan diri dalam bidang photografi ini dengan menyertai 1 team photografer yang boleh dikatakan amat berpengalaman dan dikenali... dari situ saya mula mengenal serta mempelajari selok belok bidang ini dengan menyertai team ini ke majlis2 pernikahan dan persandingan yg memerlukan khidmat kami sebagai photografer di majlis tersebut. Minat sy semakin mendalam namun komitmen pada kerja membuatkan sy menjadikan minat ini hanya sekadar hobi. Saya hanya mengambil gambar di majlis pertunangan & perkahwinan sedara mara atau kwn2 rapat yang tiba2 memerlukan khidmat photografer...


Atas sokongan isteri sy yang sering memberi galakan untuk serius dalam bidang ini di samping membuka ruang kpd kami utk menambah pendapatan keluarga membuatkan sy lebih berkeyakinan memandangkan sy telahpun mempunyai kamera sendiri. Kini minat yang dulu sy anggap hanya sekadar hobi akan sy jadikan tempat utk sy menghasilkan karya yg menarik dlm bidang photografi ini. Insyaallah segalanya dengan izin Allah SWT...


Syukur di atas rezeki yang dianugerahkan olehNya kerana dikurniakan 2 orang zuriat yang diberi nama Haiqal Shafiq dan Hannis Shahira di samping isteri yang sentiasa memahami...


Di sini sy ade kongsikan beberapa album yg memuatkan gambar yg telah sy ambil sejak tahun 2010.. sila click Photo Galeri http://echamjidin.blogspot.com/p/photography_28.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan