Selasa, 20 November 2012

Info: Tasik Berwarna Merah Jambu Di Afrika


Tasik Berwarna Merah Jambu Di Afrika. Sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat ini bukan sahaja kelihatan pelik, tetapi juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Airtasik ini mempunyai warna merah jambu disebabkan oleh kandungan larutan garam yang tinggi. Data menunjukkan bahawa tahap kemasinan di sesetengah kawasan adalah setinggi 40%. Aktiviti perlombongan garam tempatan adalah sumber pendapatan yang penting di situ dan dianggap sebagai faktor kepada berlakunya proses perubahan air tasik berkenaan. Ahli mikrobiologi berpendapat bahawa warna air Tasik Retba disebabkan oleh bakteria halophile ‘Dunaliella salina’. Boleh lihat gambar di bawah ini.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan